Pusat boling bertaraf dunia

MELAKA 12 Mac – Impian Melaka untuk memiliki pusat boling 52 lorong yang terbesar di Asia Tenggara menjadi kenyataan apabila kompleks serba moden bernilai RM25 juta itu dijangka siap sepenuhnya Jun tahun ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, antara objektif utama pembinaan kompleks ini adalah untuk mempromosikan Melaka sebagai pusat boling utama di Malaysia dan Asia Tenggara. Katanya, Melaka kini sudah berupaya menganjurkan sebarang kejohanan boling bertaraf dunia termasuk Kejohanan Boling Piala Dunia Qubica AMF ke-45 pada November ini dan menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan. ”Acara boling boleh menjadi produk baru berasaskan sukan di Melaka dengan adanya pusat boling 52 lorong yang diiktiraf terbesar bukan sahaja di negara ini malah juga di Asia Tenggara sudah tentu ia mampu menjadi produk baru kedatangan pelancong di negeri ini. ”Dengan adanya pusat boling ini, kerajaan negeri berharap dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan boling,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan Benua Aspirasi Sdn. Bhd. di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara di sini hari ini. Kerajaan negeri diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan, Datuk Karim Sulaiman manakala syarikat terbabit diwakili Pengurus Besarnya, Mohd. Safuan Mohamad Saad. Benua Aspirasi Sdn. Bhd. dipilih untuk menguruskan operasi harian pusat boling terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai 52 lorong itu berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam bidang pengurusan sukan terutama boling dan kemudahan acara yang lain. Mohd. Ali berkata, pusat boling terbesar di negara ini wajar diuruskan oleh syarikat yang benar-benar berkelayakan bagi memastikan Melaka dikenali dalam sukan pelancongan. dibina di atas tanah seluas 2.5 ekar adalah yang terbesar di Asia Tenggara kerana mempunyai 52 lorong. Pembinaan kompleks itu bermula pada awal tahun 2008, kini sudah siap 90 peratus dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini. ”Kompleks boling ini menggunakan peralatan terkini serta konsep operasinya menggunakan Qubica AMF. ”Selain ada 52 lorong boling yang berada di tingkat atas, kompleks ini juga akan menawarkan pelbagai kemudahan lain kepada para pengunjung seperti ruang perniagaan, aktiviti riadah dan ruang menjamu selera,” katanya.

Kompleks MITC Bowlplex terletak dalam kawasan MITC, begitu juga dengan Jafmanurin’s Homestay. Apa lagi, jom ramai-ramai ke Melaka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s