PESTA GENDANG NUSANTARA 8 – 16 APRIL 2009

Pesta Gendang Nusantara telah pertama kalinya diadakan di Negeri Melaka pada tahun 1995 sempena sambutan Perayaan Bandaraya Melaka Bersejarah. Dengan aspirasi pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Melaka dan hasil kerjasama Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, cendekiawan budaya, penggiat dan insan seni seNusantara, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah selaku penganjur, mempertemukan kesenian gendang dari negeri-negeri Nusantara di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan lain-lain. Keindahan irama gendang yang disulami dengan tarian-tarian Melayu Nusantara pasti menggamit naluri anda ketika menatap keindahan Budaya Bangsa warisan seNusantara.

Kini, Pesta Gendang Nusantara tersenarai dalam kalendar pelancongan atau ‘signature event’ bagi Malaysia dan mendapat publisiti besar-besaran di dalam dan luar negara. Sempena sambutan Ulangtahun ke-6 Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekali lagi dengan bangganya membawakan kepada anda Pesta Gendang Nusantara XII dengan tema “Serentak-Seirama, Senada-Sebudaya” dalam irama tempatan Dondang Sayang, joget dan zapin sebagai teras persembahan.

Bandaraya Melaka Bersejarah akan bergegar kembali, dengan gema gendang dan keindahan tarian Melayu Nusantara dan juga Jemputan Antarabangsa !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s