PLANETARIUM MELAKA TERCANGGIH DI ASIA

Jadi Kebanggaan Rakyat Malaysia
PLANETARIUM MELAKA TERCANGGIH DI ASIA

AYER KEROH, 1 Julai- Planetarium Melaka bernilai RM20 juta yang dijangka dibuka kepada orang ramai mulai 15 Julai ini merupakan sebuah planetarium tercanggih di Asia, sekaligus menjadikan ia sebagai satu lagi produk pelancongan berasaskan pendidikan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Planetarium Melaka juga bakal menjadi kebangaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya negeri ini yang mampu menjadi tarikan baik di peringkat negeri, negara serta antarabangsa.

Beliau memberitahu, projek yang dibiyai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri itu merupakan satu produk baru pelancongan berasaskan pendidikan bagi menarik lebih ramai pelajar sama ada sekolah rendah, menengah mahupun institusi pengajian tinggi menanamkan minat terhadap aktiviti aero-angkasa.

“Pembinaannya kini mencapai 95 peratus siap. Ia dijangka siap sepenuhnya pada 14 Julai. Sementara 15 Julai, kita boleh mulakan operasi dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sempena lawatan rasmi ke Melaka pada 1 Ogos ini,” kata Mohd Ali kepada pemberita selepas meninjau ruang pameran dan beberapa bahagian di Planet Melaka di Lingkaran MITC, hari ini.

Turut serta dalam lawatan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pembangunan Koperasi Negeri, Datuk Md Yunos Husin; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek Negeri, Datuk Abd Ghafaar Atan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir Hasan; Pengerusi Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Latiff Tamby Chik; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Gan Tian Loo; Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Negeri, R. Perumal; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kesihatan dan Pembangunan Keluarga Negeri, Norpipah Abdol; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar serta Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Zainal Abu.

Ketua Menteri memberitahu, Planetarium Melaka yang dilengkapi pelbagai kemudahan peralatan canggih bernilai RM2.4 juta yang pertama di Asia dibekalkan oleh Pico International (M) Sdn Bhd, berupaya melonjakkan industri pelancongan di Melaka, khususnya kajian mengenai sains angkasa lepas.

Katanya, semua peralatan yang terdapat di planetarium ini adalah buatan tempatan, cuma menggunakan pakar-pakar dari Amerika Syarikat untuk kerja-kerja dekorasi dalamannya.

“Saya sudah pergi melawat banyak planetarium di seluruh dunia. Saya lihat, Planetarium Melaka antara yang terbaik. Baru-baru ini saya pergi melawat planetarium di Quebec City, Kanada dan juga Amerika Syarikat, saya lihat tarikannya kurang berbanding di sini yang banyak mempamerkan benda-benda baru berkaitan sains aero-angkasa,” ujarnya.

Ketua Menteri menambah, Planetarium Melaka juga turut menyediakan simulator dan beberapa kemudahan canggih yang tidak terdapat di tempat lain.

“Biasanya kalau hendak bina simulator sendiri seperti di Auckland, kosnya begitu mahal. Di sana kita cuma boleh tengok simulator sahaja, berbanding di Planetarium Melaka setiap pengunjung boleh melihat simulator dan melawat pelbagai peralatan dan pameran yang disediakan,” ujarnya.

Planetarium Melaka juga kata Mohd Ali akan mengadakan pertukaran filem dengan empat lagi planetarium yang terdapat di Malaysia iaitu di Tanjung Bidara, Planetarium Negara di Kuala Lumpur, di Kuching dan Kuala Terengganu.

“Harga tiket akan kita tentukan kemudian. Saya fikir, sekurang-kurangnya RM10 untuk dewasa dan kita akan beri potongan istimewa untuk pelajar. Mungkin harganya mengikut kadar tiket di Melaka River Cruise atau Menara Taming Sari. Kita akan tentukan kemudian,” kata Mohd Ali.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aerospace Education Sdn Bhd, Sam Gibbs memberitahu, pihaknya (Pico) amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana memberi peluang melakukan kerja-kerja dekorasi dalaman di Planetarium Melaka.

“Peralatan dan kemudahan yang terdapat di sini adalah antara yang terbaik dan tercanggih sekali di Asia. Kita mempamerkan bahan-bahan terkini mengenai aero-angkasa untuk tontonan pengunjung,” ujarnya.

Manakala rakannya, Bruce Head selaku Pengarah Rekabentuk Pico berkata, Planetarium Melaka berpotensi menjadi pusat kajian penting mengenai aero-angkasa.

“Ia bukan sahaja terletak di lokasi strategik dari Tol Ayer Keroh, malah Planetarium Melaka turut dilengkapi pelbagai informasi terkini tentang angkasa lepas. Pemaparan bahan-bahan pameran juga amat menarik sekali. Semua pengunjung pasti berbangga,” ujarnya.

-Planetarium Melaka teletak di Lingkaran MITC berhampiran dengan Jafmanurin’s Homestay

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s