Terima kasih tetamu 2009…

Selamat Tahun baru 2010 pihak Jafmanurin’s Homestay ucapkan kepada semua pengunjung blog ini dan juga tetamu kami yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.
Kepada tetamu kami sepanjang 2009 kami amat-amat menghargainya kerana tanpa anda semua mungkin Jafmanurin’s Homestay tidak ada seperti hari ini.

Jafmanurin’s Homestay bermula dengan sebuah apartment sahaja tetapi dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh tetamu kami, Jafmanurin’s Homestay terus mengorak langkah dengan menambah bilangan apartment sehingga kini menjadi lima kesemuanya.
Kepada tetamu kami yang tidak sempat untuk disenaraikan disini kami memohon maaf dan sentiasa mengingati kehadiran kamu semua ke homestay kami.

Disini kami paparkan beberapa komen dari tetamu kami.

“thankz to en.jafri…kami semua selesa dgn homestay yg disediakan..kalau ade rezeki kt berjumpe lagi..(shahrulnizam JAyBee Riders)”

Putra Al-Maliki Tahniah kepade Jaf manurin’s Homestay juge kerana telah menjadi pilihan bekas warga utem untuk menginap.. hehe..

Suriyani
Says:
December 7, 2009 at 4:46 am

Terima kasih kepada pengurusan Jafmanurin’s Homestay atas layanan yang diberikan kepada kami sekeluarga. Homestay yang menarik, selesa dan lengkap dengan segala kemudahan (seperti berada dirumah sendiri) dengan harga yang sangat berpatutan. Lokasi yang sangat strategik memudahkan kami untuk mencari barang-barang keperluan serta membeli-belah disekitar kawasan MITC serta melawat tempat-tempat menarik di Bandar Melaka. Bagi mereka yang masih tercari-cari penginapan di Melaka, saya syorkan anda untuk menginap di Homestay ini. Tahniah dan syabas untuk En.Jafri dan Pn.Nora. Semoga pengusahaan homestay anda akan berkembang maju dan dikenali ramai.

S’wak Gurzl Says:
April 4, 2009 at 2:20 pm

Satu lokasi yang sangat strategik seiring dengan pembangunan Negeri melaka. Di harap suatu hari nanti homestay En.Jafri ini akan berkembang hingga ke seluruh pelusuk negeri.Next time mungkin org seberang akan bertandang hehehe….good luck

fadli Says:
March 8, 2009 at 11:38 pm

memang berbaloi….
rumah yang kemas dan bersih,dekat dengan zoo…dan lain-lain tempat menarik.Maideen yang belum bukak pun dekat dengan rumah ni.Nak pergi umbai makan ikan bakar pun dekat.dapek pulak presen cucoq menderam mak mentuo jafri….sodap.

nazkha Says:
June 29, 2009 at 11:17 am

Terima kasih di atas layanan En.Jafri ketika singgah semalam di Sana..Keadaan rumah yang selesa dan menarik.

Sila klik untuk lihat komen tetamu.

– terima kasih sekali lagi kepada semua tetamu yang pernah menginap di Jafmanurin’s Homestay Insyaallah kami akan cuba perbaiki apa yang kurang di 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s