Mengenai Kami

JAFMANURIN’S HOMESTAY terletak dalam kawasan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan kawasan pembangunan pelancongan Ayer Keroh, seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Lebah Sedunia, Taman Mini Malaysia, Taman Mini Asean, Taman Rama-Rama, Dataran Sejarah, Taman Botanikal dan Taman Seribu Bunga. Di kawasan ini juga terdapat pusat membeli-belah seperti Mydin Hyper Market, pusat Fesyen MITC dan lain-lain. Ia juga terletak di dalam kawasan pentadbiran kerajaan negeri Melaka di mana terdapat pejabat—pejabat kerajaan di situ dan ini memudahkan segala urusan. Jarak ke Bandaraya Melaka lebih kurang 10 kilometer.

Perkhidmatan yang disediakan oleh kami ialah penyewaan apartment dan rumah untuk kemudahan penginapan bagi mereka yang mementingkan keselesaan. Kediaman yang kami tawarkan ialah yang mempunyai kemudahan seperti di rumah sendiri. Dengan kemudahan tersebut, menjadikan percutian anda menjadi lebih bermakna lagi.
Setelah seharian berjalan dan kelaparan anda boleh terus memasak kerana kelengkapan memasak seperti dapur juga di sediakan. Sambil menantikan hidangan yang dimasak siap, anda bolehlah mendengar/menonton rancangan kegemaran anda dari siaran ASTRO. Kami pasti perkhidmatan yang disediakan akan memenuhi kehendak anda sesuai dengan matlamat kami iaitu setiap ringgit yang dikeluarkan insyaAllah anda akan mendapat kepuasannya.

6 thoughts on “Mengenai Kami

  1. Satu lokasi yang sangat strategik seiring dengan pembangunan Negeri melaka. Di harap suatu hari nanti homestay En.Jafri ini akan berkembang hingga ke seluruh pelusuk negeri.Next time mungkin org seberang akan bertandang hehehe….good luck.

    • terima kasih kerana sudi melawat blog kami, sememangnya apa yang anda ingin diketahui telah dimuatkan di dalam blog. Apa-apa pun utk keterangan lanjut sila hubungi kami.

  2. Terima kasih kepada pengurusan Jafmanurin’s Homestay atas layanan yang diberikan kepada kami sekeluarga. Homestay yang menarik, selesa dan lengkap dengan segala kemudahan (seperti berada dirumah sendiri) dengan harga yang sangat berpatutan. Lokasi yang sangat strategik memudahkan kami untuk mencari barang-barang keperluan serta membeli-belah disekitar kawasan MITC serta melawat tempat-tempat menarik di Bandar Melaka. Bagi mereka yang masih tercari-cari penginapan di Melaka, saya syorkan anda untuk menginap di Homestay ini. Tahniah dan syabas untuk En.Jafri dan Pn.Nora. Semoga pengusahaan homestay anda akan berkembang maju dan dikenali ramai.

    • Terima kasih kerana menginap di homestay kami dan komen yang sangat membina. Maaf gambar belum sempat upload kerana terlalu sibuk menguruskan kedatangan tetamu yang silih berganti…

  3. Salam en. Jamanurin. Saya bersama keluarga ingin menyewa homestay en Jamanurin pada 14/02/2010 hingga 16/02/2010. Masih ada kosong lagi tak? Berapa kah ratenya? tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s